Masa depan ?


Masa depan yang kabur. Jauh perjalanan aku dalam menuntut ilmu di menara gading ni. Ohoiii, ayat tu skema sangat. Haha. Okey, okey. Aku ada cerita dan ini cerita aku. Yang baik tu amek la, tapi yang buruk tu jadikan sebagai pengajaran. 

Aku bermula sebagai budak sains. Aku ni budak sains hayat (means aku amek bio, kimia dan yg berkaitan) beza dgn sains fizikal (amek fizik, tak amek bio). Lepas PMR, aku tukar aliran dari amek akaun ke sains (dan itu jugak bermaksud aku tukar sekolah lain). Itu semua hasrat ibu aku yg nak aku jadi doktor. Jadi aku turutkan saja. Hoho.

Bila habis SPM dan dah dapat result, aku sedar tahap kemampuan aku takat mana so aku tak further amek medic. Disebabkan aku excited sangat nak further study kat oversea, aku mohon untuk further kat Jordan kos Pengajian Islam under Zakat Selangor. Tapi, bukan rezeki aku. Hmm. Tapi takpe, aku dapat dua tawaran kat dalam Malaysia, satu, kat matrik untuk sains hayat selama 1 tahun dan satu lagi Asasi Pengajian Islam Dengan Sains kat UM selama 2 tahun (1 tahun kat UM Nilam Puri, Kelantan, 1 tahun lagi kat UM Kuala Lumpur).

Disebabkan aku ni memang tak nak masuk matrik, so aku pilih tawaran yang asasi tu walaupun 2 tahun. Lagipun aku fikir jangka panjang jugak sebab kalau asasi yang ni, confirm degree under UM jugak. Except kau tak cukup pointer nak sambung degree, means pointer asasi kau bawah 2.00, so nak tak nak, kau terpaksa diberhentikan. Aku pilih kos ni jugak sebab tak payah nak isi upu bebanyak kali. Nak bersaing masuk universiti zaman moden ni bukan senang (angguk kepala).

Tapi, alkisahnya aku pulak tak cukup pointer untuk further degree dalam kos tu. Pointer aku sipi-sipi sangat untuk diterima, namun seperti tadi, ia bukan rezeki aku. Kalau nak further kos tu kena pointer at least 2.80 dan pointer aku kurang 0.02 je wei. Dah bukan rezeki, tak boleh nak buat apa la. Huhu. Oleh itu, aku telah ditawarkan ke bidang lain yang mana banyak sangat pilihan sampai tak tau nak amek yang mana satu. Hahaa. Antara bidang yang ditawarkan :

a) Syariah 
- Syariah dan Undang-undang
- Syariah dan Pengurusan (Muamalat)
- Ekonomi
- Fiqh Usul
- Siyasah Syar'iyyah
- Astronomi Islam

b) Usuluddin
- Dakwah dan Pembangunan Insan
- Quran dan Hadith
- Aqidah dan Pemikiran Islam
- Sejarah dan Tamadun Islam

See, banyakkan. Sampai aku tak ingat dah apa lagi. Kalau ada kos yang tertinggal tu maafkan la ye. Hoho. Pihak pejabat bagi aku buat 3 pilihan je. So, 1st choice aku Syariah dan Undang-undang, 2nd pulak Astronomi Islam and last sekali Muamalat. Tak sempat nak fikir masa tu sebab orang kat sana nak jawapan aku hari yang diorang bagitau aku yang aku kena tukar kos lain. Menangis wei, sedih sebab kena tukar kos lain. Tapi takpe la, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Ingatkan diri, bersangka baik dengan Allah (senyum).

Dan akhirnya pilihan pertama aku diterima. Masa dapat tau tu, tak tau nak kata reaksi tu happy ke sedih sebab rasa macam blur dan diawang-awangan je. Perasaan bercampur-baur masa tu, sedih ada, takut ada, happy ada tapi mostly perasaan takut la. Don't know why. Mungkin sebab 'undang-undang' kot, that's why aku rasa takut. Dah la aku bukan seorang yang suka benda yang berkaitan fakta. Tapi, itulah yang aku perlu terima. And now, so far I'm surviving well. Alhamdulillah. Even tak dapat deanlist pun tapi aku tetap bersyukur. Perancangan Allah tu cantik. Banyak advantage dalam tak sedar yang aku dapat bila tukar kos. Experience tu of couse la. Dapat ilmu baru sebab kita belajar something new, dulu belajar sains sekarang pulak belajar undang-undang. Bidang pengetahuan kita tu lebih meluas. Macam-macam lagi aku dapat explore, develop (senyum lagi).

Sekarang aku dah tahun 3, insyaAllah tahun depan aku graduate. Aku dah praktikal tahun lepas. Kos aku ni ada 2x praktikal, masa cuti sem 4 dan cuti sem 6 (kira short sem la). Praktikal yang 1st aku buat kat Syariah firm kat KL. Alhamdulillah, everything going smoothly (yang sebenarnya banyak sangat onak duri nak menuju ke praktikal tu). Hahaa. 

Masa praktikal tu aku dah ada la tekad di hati nak jadi lawyer, tapi lately ni macam hilang pulak tekad tu. Tu yang aku rasa masa depan aku kabur. Tak tau nak jadi lawyer ke tidak. Last sekali, aku rasa macam nak jadi PA je. Kerja kat syarikat-syarikat. Aku harap degree tu as syarat je, tak payah la tengok sangat bidang apa. Tapi, entah la. Aku jadi malas nak fikir pulak. Tu yang jadi kabur je memanjang. Hahaa. So, buat masa sekarang ni tekad aku nak habiskan degree ni dengan cemerlang even aku tak dapat 1st class sekalipun, pointer atas 3.5 pun aku dah bersyukur. InsyaAllah, akan diusahakan. 

Last but not least, jangan lupa akhirat sana. Study, kerja, dunia tu semua perlu. Tapi jangan diabaikan akhirat. Amal ibadah cuba istiqomah, even benda simple-simple je pun. InsyaAllah ada keberkatan. Aku pun manusia biasa, tak lari dari buat dosa. Sentiasa cuba untuk improve diri sendiri. Lastly, kuatkan hati, even kau jatuh banyak kali, tapi jangan tak bangun langsung. Cuba la bangun balik, jalan selangkah demi selangkah. Takpe bertatih menuju Allah. Allah lihat usaha kau, bukan hasil kau.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja vs Master

New year, New you !

Final year ?