Posts

Showing posts from 2015

Happy Birthday !

Last few weeks, birthday aku. Bila dah besar-besar ni, takde perasaan mana pun bila birthday. Orang wish ke orang tak wish ke tak kisah pun. Lain la masa kecik-kecik dulu. Seronok giler kalau orang sambut birthday, kawan-kawan wish bagi present and so on. Tapi bila dewasa ni (dewasa la sangat), cukup la kalau orang ingat birthday kita. Even a simple wishes, but I really appeciate it! Seriously appreciate even they know from fb event. Hahaha. Cukup la doakan untuk aku yang baik-baik. Itu pun hadiah yang bermakna even though I don't know about it.  Ramai yang sebaya aku dah kawen, dah ada anak. Dan ada jugak yang sebaya aku dah pergi menghadap Ilahi. Hmmm. Mati itu pasti. Rezeki, jodoh dan ajal tu semua Allah yang tentukan. Kita cuma perlu berdoa agar semuanya dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh dengan insan yang sama-sama berusaha menuju ke jannah-Nya dan pengakhiran hidup kita dalam keadaan yang baik. Dunia ni kan tempat persinggahan sebelum ke akhirat yang kekal abadi. So

Best ke pakai Xiaomi ?

Masa mula-mula aku nak beli handphone baru, aku memang dah target nak beli xperia. Memang dah nekad dah sebelum pergi Digital Mall (macam Low Yat la tapi Digital Mall ni dekat sikit dengan UM ni). Before ni, aku pakai samsung corby yg biasa punya. Takde android. Kawan-kawan semua pakai whatsapp. Apa-apa info bagitau kat whatsapp dah, tak bagitau kat fb. So, aku pun tak nak la ketinggalan apa-apa info. Jadi, aku pun bertekad nak beli handphone baru. Kebetulan duit pinjaman baru masuk. Nak tak nak aku kena jugak beli.  Lepas praktikal tahun lepas, aku ada survey handphone yg affordable dan spec pun not bad. So, aku target nak beli Xperia M. Tu je yg sesuai dgn bajet aku. Kalau ikutkan hati, aku memang nk sangat beli iphone. Aku minat giler dengan iphone, maybe sebab design dia yang aku rasa smart. Hahaha. At last, aku beli redmi note. Sebab spec dia not bad and harga dia pun affordable. Lari sikit la dari bajet aku. Tapi takpe la asal puas hati.  Now, almost setahun dah aku gu

Janda Baik

Last year, kitorang satu kelas buat jaulah ke Janda Baik sebab one of my classmate ni orang situ and dia ada chalet. So, family dia ajak kitorang satu kelas pegi sana tido kat chalet dia. Nama chalet family dia tu Chalet Hanana.  Chalet Hanana kat Janda Baik ni tempat dia best. Serius tak tipu. Bangun pagi rasa nyaman je sebab tempat dia atas bukit, udara segar. Tak macam udara kat kl. Hahaha. Tempat ni sesuai untuk mereka yg nak santai, relax ataupun nak release tension sebab banyak assignment ke stress projek tak settle ke, jemput la datang ke Chalet Hanana ni. Tempat-tempat kat Janda Baik ni pun best, view pun cantik. Air sungai dia masyaAllah sejuk sangattt. Mula-mula aku tak nak mandi sungai, acah-acah nak main air kat tepi-tepi sebab tak nak baju basah. Tapi bila tengok kawan-kawan ramai yang mandi, muka memasing happy, bahagia, apa lagi aku pun masuk la sikit-sikit sampai at last basah jugak baju aku. Anyway, aku puas hati sangat dapat mandi sungai. Serius puas hati s

Talk. Discuss.

Fail. Aku memang fail bab-bab memujuk orang ni. Aku pun fail jugak bab-bab communication skills. Contohnya macam kena cakap kat depan ke, takpun berdebat ke, atau melibatkan benda yang kene discuss face to face. Aku admit yang aku memang fail. And untuk tu aku rasa yg aku memang tak layak lagi dan tak sesuai lagi untuk kawen. Maybe la. Hmmm. I should find someone that I can discuss peacefully and make me feel comfortable to talk and discuss. Kalau tak habis la rumahtangga. Hahaha. Keypoint from all of this, I just want to highlight is "talk and discuss". This is an important things in any relationship either in marriage, friendship or family. Talk and discuss ni memang penting. Apa yang aku belajar daripada semua benda yang jadi ni, ini adalah yang utamanya, we should be brave to say our opinion, express our feeling and so on. Kalau nasihat orang, aku admit aku memang terror. Tapi once jadi kat diri sendiri, I'm fail to handle it. Fail. Hmmm. Last but not least, I&

Final year ?

Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk final year dah. Hahaha. Lama betul aku duduk kat um ni. Dah macam budak amek medic dah. Hmmm. Tiba-tiba rasa sedih pulak nak habis belajar ni. Tapi at the same time rasa happy jugak sebab dah nak habis belajar dah. Perasaan tu bercampur-campur. Susah nak describe. Sedih bila mengenangkan yang lepas ni susah nak jumpa kawan-kawan yang jauh. Bukan senang nak jumpa nanti bila memasing dah berkerjaya, berkeluarga dan seangkatan dengannya. Seronok nak habis belajar pulak sebab lepas ni dah tak payah nak buat assignment, presentation tu semua la. Hahaha (gelak dalam sedih). Ok. Back to the topic. Final year? Ada apa dengan final year ni? Hmmm (tarik nafas dalam-dalam then hembus slow-slow). Aku ada azam untuk final year ni. Azam yang aku bawak dari sem-sem sebelum ni yang tak kesampaian. Hahaha. Azam aku nak graduate at least dengan pointer 3.5. At least laa. Walaupun aku macam tak nampak harapan nak capai pointer tu

Travel around the world

Entah kenapa lately ni aku rasa macam nak travel around the world. Travel dengan member-member. Gaya macam banyak sangat duit nak around the world. Hahaa. Pernah dulu aku nak jadi pramugari dengan alasan dapat travel satu dunia. Tapi, cita-cita zaman hingusan tu terkubur macam tu je. Tapi masa menengah atas pulak, aku pernah terfikir nak jadi pilot (berangan je sebab aku takut tinggi dan confirm tak lepas la nak jadi pilot). Tak dapat jadi pilot, kawen dengan pilot pun takpe. Hahaa. Tak habis berangan. Okey, kita teruskan cerita. Malaysia ni pun tak habis pusing, ada hati nak satu dunia. Ish ish ish. Selain Malaysia, aku pernah pergi Indonesia je. Itu pun hanya Jakarta. Kira merasa jugak la pergi negara orang even negara jiran dan sesama Asia. Geografi sangat. Hahaa. At first, parents aku tak bagi. Tapi, sebab aku ni macam nak jugak pergi, so diorang kata kalau nak pergi kena guna duit sendiri. Aku pun apa lagi, okey je la. Lagipun aku memang dah save duit sikit untuk pergi s

Masa depan ?

Masa depan yang kabur. Jauh perjalanan aku dalam menuntut ilmu di menara gading ni. Ohoiii, ayat tu skema sangat. Haha. Okey, okey. Aku ada cerita dan ini cerita aku. Yang baik tu amek la, tapi yang buruk tu jadikan sebagai pengajaran.  Aku bermula sebagai budak sains. Aku ni budak sains hayat (means aku amek bio, kimia dan yg berkaitan) beza dgn sains fizikal (amek fizik, tak amek bio). Lepas PMR, aku tukar aliran dari amek akaun ke sains (dan itu jugak bermaksud aku tukar sekolah lain). Itu semua hasrat ibu aku yg nak aku jadi doktor. Jadi aku turutkan saja. Hoho. Bila habis SPM dan dah dapat result, aku sedar tahap kemampuan aku takat mana so aku tak further amek medic. Disebabkan aku excited sangat nak further study kat oversea, aku mohon untuk further kat Jordan kos Pengajian Islam under Zakat Selangor. Tapi, bukan rezeki aku. Hmm. Tapi takpe, aku dapat dua tawaran kat dalam Malaysia, satu, kat matrik untuk sains hayat selama 1 tahun dan satu lagi Asasi Pengajian Islam D

Aku Sayang Kau!

Image
I do really love you too! Even aku pun tak pernah cakap yg aku sayang kau, tapi aku betul-betul sayang kau. Aku tak nak hubungan persahabatan kita putus macam tu je. Sebab aku tak sehaluan dengan kau, kita menjadi orang yang asing. Kita tetap kawan. Dan aku kawan dengan kau bukan untuk sesuatu, bukan kerana sesuatu. Aku hanya ingin persahabatan kita kerana Allah, until jannah. Biar kita berbeza cara, haluan, pemikiran. Namun, hadaf kita masih sama. Aku manusia biasa.  Banyak khilaf, salah. Aku perlu nasihat kau, teguran kau. Saling menasihati, saling mengingatkan. Bukankah itu menguatkan dan mencambahkan kasih sayang antara kita. Kau tau, aku menangis masa taip entry ni. Dan entry ni khas untuk kau. Dan aku sayang kau. Biar ia jadi rahsia antara kita. Antara kau, aku dan Dia. Walaupun kita baru berkawan hampir 5 tahun, tapi itu satu jangka masa yg lama. Bermacam perkara yg kita dah lalui. Terima kasih untuk segalanya. Maafka

Misi Bermula

Akhirnya, berjaya jugak aku memulakan kembali misi menulis kat blog ni. Actually, aku dah lama buat blog. Tapi, hampir every year aku delete blog aku. Atas sebab apa pun aku sendiri tak tau. Lepas delete buat baru. Dan ini blog keberapa pun aku dah tak tau. Haha. Okey, just forget it!  Disebabkan aku tukar url baru, so semua bloglist aku hilang. Dan mungkin kawan-kawan aku pun tak jumpa dah kot blog aku ni. Lagipun blog aku ni bukan ada apa sangat. Merendah diri pulak. Haha. Okey, proceed. Sebenarnya tahun ni aku dah berazam nak tulis entry at least 1x sebulan. At least la. Tapi sebolehnya, every week sekali la. Kalau boleh. Kalau dulu masa first time ada blog and jadi blogger, hari-hari aku update blog. Banyak sangat idea. Mencurah-curah. Sekarang pun sebenarnya aku banyak idea, tapi skill menulis aku ni yang dah tumpul. Yela, sekarang ni aku menulis bila time ada assignment je. Itupun, aku dah terkial-kial nak buat ayat. Rasa looser kot. Looser sesangat. Huhu. Jad