Janda Baik


Last year, kitorang satu kelas buat jaulah ke Janda Baik sebab one of my classmate ni orang situ and dia ada chalet. So, family dia ajak kitorang satu kelas pegi sana tido kat chalet dia. Nama chalet family dia tu Chalet Hanana. 

Chalet Hanana kat Janda Baik ni tempat dia best. Serius tak tipu. Bangun pagi rasa nyaman je sebab tempat dia atas bukit, udara segar. Tak macam udara kat kl. Hahaha. Tempat ni sesuai untuk mereka yg nak santai, relax ataupun nak release tension sebab banyak assignment ke stress projek tak settle ke, jemput la datang ke Chalet Hanana ni.

Tempat-tempat kat Janda Baik ni pun best, view pun cantik. Air sungai dia masyaAllah sejuk sangattt. Mula-mula aku tak nak mandi sungai, acah-acah nak main air kat tepi-tepi sebab tak nak baju basah. Tapi bila tengok kawan-kawan ramai yang mandi, muka memasing happy, bahagia, apa lagi aku pun masuk la sikit-sikit sampai at last basah jugak baju aku. Anyway, aku puas hati sangat dapat mandi sungai. Serius puas hati sampai tak nak naik nak berendam je dalam tu. Hahaha. 

Tu la first and last jaulah setakat ni. Tak tau la kalau budak kelas aku nak buat jaulah lagi. Tapi yang jaulah kat Janda Baik tahun lepas ada jugak yang tak join atas sebab-sebab peribadi memasing yang tak dapat dielakkan. Last but not least, jemput la datang ke Chalet Hanana kat Janda Baik! Hope dapat la release tension korang-korang yang tengah stress tu. Peace ✌

Comments

Popular posts from this blog

Kerja vs Master

New year, New you !

Masa depan ?