Final year ?


Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk final year dah. Hahaha. Lama betul aku duduk kat um ni. Dah macam budak amek medic dah. Hmmm. Tiba-tiba rasa sedih pulak nak habis belajar ni. Tapi at the same time rasa happy jugak sebab dah nak habis belajar dah. Perasaan tu bercampur-campur. Susah nak describe.

Sedih bila mengenangkan yang lepas ni susah nak jumpa kawan-kawan yang jauh. Bukan senang nak jumpa nanti bila memasing dah berkerjaya, berkeluarga dan seangkatan dengannya. Seronok nak habis belajar pulak sebab lepas ni dah tak payah nak buat assignment, presentation tu semua la. Hahaha (gelak dalam sedih).

Ok. Back to the topic. Final year? Ada apa dengan final year ni? Hmmm (tarik nafas dalam-dalam then hembus slow-slow).

Aku ada azam untuk final year ni. Azam yang aku bawak dari sem-sem sebelum ni yang tak kesampaian. Hahaha. Azam aku nak graduate at least dengan pointer 3.5. At least laa. Walaupun aku macam tak nampak harapan nak capai pointer tu tapi aku letak je target gitu. Aku student biasa biasa je. Tak menyerlah pun dalam kelas. Takpe la. Tu semua tak penting. Yang penting kita hormat lecturer, buat assignment, buat presentation semua la.

Masuk pulak bab kerjaya. Tentang lepas ni nak keje apa tu semua aku bukan tak nak pikir dah tapi dah penat nak pikir pasal masa depan ni. Penattt. Banyak sangat cita-cita. Tak tetap hati betul. Kejap aku nak jadi lawyer. Kejap nak masuk banking. Kejap nak jadi PA bos. Hahaha. So, aku amek keputusan untuk stop la berangan tu semua. Better aku fokus study dan habiskan degree ni dengan cemerlang. Aminnn.

Hidup ni kita perlu plan apa yang kita mahu dan perlu. Bukan senang nak tentukan mana satu yang perlu dan mana satu kemahuan. Sebab nafsu dalam diri kita sendiri. Didik nafsu, didik diri based on landasan syariah. Based on Al-quran dan As-sunnah. Moga hidup kita dirahmati dan diredhai Allah. Try istiqamah benda-benda yang basic macam solat awal waktu dan baca quran setiap hari at least 2 pages. At least laa. Then bila dah consistent tu, tambah la sikit-sikit amalan kita. Dan banyakkan berdoa. Moga Allah pelihara iman kita dan matikan kita dalam iman.

Harapan aku, semoga final year ni makin bertambah amal aku untuk akhirat sana. Dan juga semoga banyak kenangan yang indah bakal tercipta (senyum).

Comments

Popular posts from this blog

Kerja vs Master

New year, New you !