New year, New you !

Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua! Still not too late to wish to all of you, happy new year! New year, new you! Ehhh.

Okay macam biasa la kan bila masuk tahun baru ada azam baru. Ada certain people suka pertikaikan kenapa mesti masuk tahun baru buat azam baru? Haha! For me personally, it is not compulsory pun you kena ada azam baru every new year. Azam ni dia macam target la sebenarnya. If kita ada azam, kita akan lebih jelas hala tuju dan matlamat kita untuk tahun tu.

Okay. Contohnya azam tahun 2018 ni nak kawen. So, dengan adanya azam nak kawen tu korang akan bertungkus lumus kerja betul betul cari duit kumpul duit untuk kawen. Kalau takde calon lagi, usaha untuk cari calon disamping solat dan berdoa supaya Allah pertemukan dengan seseorang yang boleh membimbing dan terima diri kita seadanya. Cewahhh gitu. Haa tu contoh laa kan.

So, kalau takde azam baru pun korang just carry forward azam tahun lepas pun its okay. At least ada la target dalam hidup untuk tahun 2018 ni kan. Azam aku pun aku banyak carry dari tahun tahun lepas. Just improvise sikit sikit la kan and ada la tambah a few azam.

Sempena tahun baru ni, ayuh la kita berubah ke arah kebaikan sedikit demi sedikit. Cewahhh. New year, new you tu lebih kurang macam tahun baru ni kita upgrade jadi insan yang baru yang lebih baik dari tahun tahun sebelum ni. InsyaAllah. Kalau tahun sebelum ni kita suka lambat-lambatkan solat, maka tahun ni kita usaha supaya kita solat di awal waktu, kalau baca al-quran kadang-kadang je kita usaha la untuk baca sehari sekali even satu mukasurat pun jadi la dan benda benda lain jugak. At least we have the effort to make a change make a move to grab Jannah hereafter. Tak best la masuk syurga sorang-sorang kan so kita ajak la orang reramai buat baik supaya dapat masuk syurga sesama :)

Fuhhh, panjang pulak entry tahun baru ni! Haha! Well, life is going to get harder by year (english hancur sorry). For sure tahun 2018 akan lebih mencabar daripada tahun 2017. Walau seteruk mana pun tahun 2017 kita, semoga tahun 2018 kita akan bangkit daripada kegagalan dan kesakitan yang kita telah tempuhi pada tahun 2017. Jadikan itu semua sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupan kita. Lupakan yang pahit kita ambil yang manis-manis aje. Hehe. Anyway, semoga 2018 korang semua dipenuhi dengan kebahagiaan dan kenangan yang indah-indah untuk disimpan.

Lastly, goodbye miserable 2017. Hello blissful 2018. May Allah ease our 2018 journey. Rabbi yassir wa laa tu'assir ❤



Comments

Popular posts from this blog

Kerja vs Master

Masa depan ?