Kerja vs Master

Hai korang! Lama tak update blog since last january. Lot's of things happened through out this past 6 months and yeah i'm still here writing this post. Haha! Tajuk entry kali ni pun cliche jugak, kerja vs master. Benda ni selalu menjadi dilema para fresh graduate. I know and I've been there too.

Everyone ada life plan masing-masing. Either you have planned for a long time ago or you baru je plan semalam, pagi ni or sekarang, It's still a plan. Your plan. Semua orang ada aim tersendiri. So, jangan pernah pertikai why dia buat macam ni macam tu and so on. Selagi dia tak buat something yang bertentangan dengan syarak, let them. You don't be in their place so macam mana you boleh semudah itu talk about them.

Aku sendiri pun ada plan nak sambung master lepas degree dedulu. Siap survey lagi universiti kat oversea sebab nak further kat sana. I still remember ada dua negara aku pilih, ausie dengan uk. Tapi bila bergelumang dengan fyp masa final year aku rasa macam nak kuburkan je harapan nak sambung master tu. Yela, sebab rasa macam why it is so hard! Ini baru degree belum lagi master. Haha. Maka lepas konvo aku pun cari kerja, cari dan terus cari. And aku pun join SL1M kat satu company. Lepas training and OJT 6 bulan kat company tu, maka berakhirlah kerjaya kat situ sebab takde kekosongan. Then, aku pun start job hunting balik. Cari kerja pergi interview again and again sampai la kat satu company kecik ni. Aku dapat kerja and I've been working there tak sampai 3 months before I decided to resign and further my study. Maybe boleh buat next entry kot why I decided to resign and further my study. Hehe.

Actually, my parents ada suruh sambung study lepas je degree dedulu tapi aku yang tak nak sebab aku nak merasa bekerja ada duit sendiri but end up aku sambung jugak study. Tak tetap pendirian sungguh. Haihhh. One of the reasons why aku sambung master adalah sebab aku memang nak sambung master. So, when i feel this is the time, i need to do at that time. Kalau aku bertangguh kemungkinan akan jadi hangat-hangat tahi ayam. Serious talk. Aku bukak semua website universiti yang aku nak. Aku cari course yang memang aku minat nak belajar, sambil tu tengok jugak yuran dia sekali. And masa apply tu aku main apply je, tawakkal memang tinggi. Masa tu rasa macam 50 50 je dapat tak dapat. End up, alhamdulillah aku dapat course yang aku nak cuma lain sikit dari yang aku plan time degree but its okayyy. Syukur alhamdulillah.

So, back to the topic. Semua orang teringin nak sambung belajar. I know that. Tapi ada kekangan kewangan, masa dan lain-lain. But believe me, apa yang you buat sekarang, either you tengah further master or you dah kerja, you should be thankful because it is the best things for you at this time. Ramai yang cakap fresh graduate ni sambung master sebab tak dapat kerja and many more. Aku admit benda tu. Memang betul tapi kalau setakat tak dapat kerja then kau sambung master without semangat dan jiwa yang kental, minat yang mendalam tentang course yang kau amek, it will make your life disaster. Seriously, master's life is more complicated and more harder than degree's life. Of coz la kan sebab master tu lagi tinggi daripada degree so memang la lagi susah. Tapi without passion, semangat and support from family members dan kawan-kawan rapat, it will make the life more harder and harder every single days.

Macam banyak je aku merepek dalam entry ni. Sorry kalau banyak merapu rather than bagi info. Banyak lagi nak tulis tapi cukup la ni je dulu. Anyway, apa-apa pun yang korang buat sekarang ni, either korang sambung master atau tengah bekerja, do your best! Life kita semua tak sama. Life sentiasa ada ups and downs but never ever give up. Nak rasa down boleh tapi jangan lama-lama sangat. Kene get up and life must go on. Wish you all the best in life and future undertaking! Stay strong okayyy 💪


Comments

Popular posts from this blog

New year, New you !

Masa depan ?